DIPLOMA PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH PENGAMBILAN PELAJAR 2013...JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI, Program lain dah ramai..!! PELUANG KERJA YANG LUAS DALAM KERAJAAN DAN SWASTA!!!

INFORMASI PRA-SEKOLAH



MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan masuk ke sekolah rendah.


Menjelang 2015, tenaga pendidik lulusan Diploma dijangka bertambah kepada 10,500 orang dan usaha sedang dilakukan bagi memastikan tabika KEMAS di seluruh negara dilengkapi dengan guru-guru tabika berkelayakan Ijazah atau PhD dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.Sebagai langkah ke arah usaha itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan KEMAS hari ini memeterai program dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, untuk melatih 476 guru KEMAS mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pra sekolah berumur 4 hingga 6 tahun.

Program Diploma Pendidikan ini melibatkan program pengajian selama dua tahun. Pendaftaran masuk kumpulan pertama adalah seramai 110 orang mulai tahun 2008, disusuli purata 120 orang lagi pada setiap tahun sehingga tahun 2011, menjadikan jumlah keseluruhan 476 orang.

Mulai 2009, dalam usaha memperluaskan lagi pendidikan pra sekolah ini meliputi peringkat kanak-kanak seawal bayi (di bawah satu tahun hingga 4 tahun), kementerian dan KEMAS juga bercadang melatih pula guru-guru Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS di bawah program PERMATA mengikuti pengajian Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, juga di UPSI.

Di bawah program pengajian ini, seramai 200 orang akan didaftarkan ke UPSI pada tahun 2009 dan seramai 455 orang lagi pada tahun 2011. Langkah ini akan menghasilkan jumlah tenaga pendidik Taska KEMAS berkelulusan diploma seramai 655 orang menjelang 2013.

Penambahbaikan tenaga pengajar KEMAS ke taraf Diploma juga dilaksanakan melalui Program Perguruan Pra-Sekolah iaitu kerjasama antara KEMAS dan Kementerian Pelajaran Malaysia, yang berjaya melahirkan 2,400 guru lulusan Diploma sejak 2006 hingga 2008 untuk mendidik kanak-kanak pra sekolah di tabika-tabika KEMAS.Program Perguruan Pra-Sekolah ini bakal melahirkan 9,996 guru KEMAS berkelulusan Diploma menjelang tahun 2015 melalui program Diploma Perguruan di Institut Perguruan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran.

Program ini meliputi pengajian sepenuh masa bagi meningkatkan profesionalisme seramai 5,032 orang guru Tabika KEMAS dan seramai 4,964 orang lagi secara mengikuti kursus dalam cuti. Guru-guru ini mendidik kanak-kanak pra-sekolah berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Kementerian juga sedang menimbang kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain bagi menaiktaraf kelulusan guru-guru KEMAS ke tahap diploma atau kelulusan lebih tinggi menerusi program pengajian sepenuh masa atau kursus dalam cuti di bawah program penambahbaikan tenaga pendidik KEMAS.

Dalam tahun 2008 saja, seramai 2,480 guru KEMAS sudah dihantar menjalani kursus di bawah Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di universiti-universiti dan institusi pengajian tinggi. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, KEMAS akan membelanjakan RM8 juta untuk melatih 9,880 guru Tadika dan Taska fasih bertutur, menulis dan mengajar dalam bahasa Inggeris menjelang 2011.

Bagi memastikan tabika dan taska KEMAS dilengkapi dengan peralatan pendidikan lebih baik, KEMAS juga akan membelanjakan sejumlah RM173.7 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melengkapkan peralatan baru di 5,882 premis tadika dan taskanya di seluruh negara. Sejumlah RM13.1 juta akan dibelanjakan bagi melengkapkan 4,509 premis tadika dan taska dengan komputer.

Jumlah ini tidak termasuk RM120.6 juta bagi membina 654 bangunan tabika baru dan RM138.2 juta bagi membaikpulih 4,000 premis tabika dan taska yang sedia ada

Pembangunan Modal Insan (Program Pendidikan)  RMK 911.08 Pendidikan Prasekolah dan Rendah. Enrolmen kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun meningkat kepada 702,897 pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 11-4. Sebanyak 51.3 peratus daripada jumlah enrolmen tersebut di prasekolah awam. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun telah diwajibkan di semua prasekolah mulai tahun 2003 untuk menjamin kualitinya. Enrolmen di sekolah rendah meningkat kepada 3.0 juta pada tahun 2005. Pembinaan 9,930 bilik darjah baru telah menyumbang kepada peningkatan nisbah kelas kepada bilik darjah daripada 1:0.90 pada tahun 2000 kepada 1:0.92 pada tahun 2005.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

VISI
“Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia”

MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.  




DIPLOMA PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH DI UNITI

18 Disember Tahun 1991 merupakan tarikh keramat apabila jemaah menteri mengarahkan kementrian pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan program pendidikan prasekolah yang dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’ yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah terpilih. Tindakan awal KPM adalah melatih guru-guru sekolah rendah untuk mengelolakan program pendidikan prasekolah di sekolah masing-masing. Tindakan jangka panjang adalah melatih pensyarah-pensyarah maktab yang akan bertindak sebagai jurulatih program prasekolah di maktab-maktab. Sehingga tahun 2007 sebanayak 5852 buah kelas pra sekolah telah dibuka di bawah KPM.

Sementara itu KEMAS mensasarkan pada tahun 2011 sejumlah 4,041 guru yang sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dilahirkan. Justeru itu Kemas telah membuat kerjasama dengan UPSI dan maktab perguruan untuk meningkatkan profesianalisme guru-guru tadika bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Sejumlah RM 13.1 juta diperuntukkan untuk melengkapkan komputer 4,509 premis tadika dan taska. Jumlah ini tidak termasuk RM 120.6 juta bagi membina 654 banggunan tabika baru dan RM 138.2 juta bagi membaik pulih 4,000 premis tabika yang sedia ada.

Data-data ini menunjukkan betapa kerajaan memandang serius program pendidikan awal kanak-kanak dan usaha melahirkan  guna tenaga dalam bidang pendidikan pra sekolah. Ini juga menjadi satu petanda bahawa pemegang ijazah sarjana muda atau diploma mempunyai peluang kerjaya yang cerah samaada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Senario Di Kolej UNITI juga menunjukkan  satu petanda yang baik apabila bilangan peningkatan pelajar yang mengikuti program Diploma Pendidikan Pra sekolah dari 37 orang pelajar kemasukan mei 2007 melonjak kepada 650 orang pelajar dalam tempoh 3 tahun. Sehingga hari ini hampir 50% daripada pelajar baru yang mendaftar adalah dari pelajar dalam bidang Diploma Pendidikan Prasekolah. Fenomena ini memerlukan satu ’task khas’ yang fokus   bagi membawa kumpulan pelajar ini ke mercu kejayaan bagi menggapai impian diri dan keluarga.

PENDIDIKAN PRASEKOLAH SEPENTAS LALU
Program Diploma Pendidikan Prasekolah dirangka bagi menyediakan pelajar berhadapan dengan cabaran profesyen pendidik di institusi-institusi  pendidikan awal atau prasekolah samaada  di sektor swasta  mahupun kerajaan dan badan separuh kerajaan. Program ini juga selari dengan agenda pendidikan Negara untuk mencapai tahap guru dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah ijazah sarjana muda dan sekurang-kurangnya adalah diploma  pada tahun 2010. Seiringan dengan keperluan kualiti dan mutu pendidikan, kolej UNITI telah pun Berjaya mencapai tahap piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kualiti Malaysia (MQA) dengan kod A6871. Justeru itu program ini menyediakan peluang yang sangat cerah kepada guru-guru, pelajar lepasan sekolah yang berminat menceburi profesyen pendidik yang berkemahiran dan berketrampilan.

 PELUANG
Para pemegang Diploma pendidikan Prasekolah berpeluang untuk :
1. Pendidik professional atau Guru di Tadika  atau mana-mana institusi Pendidikan awal 
    kanak-kanak. 
2. Pentabir Tadika atau mana-mana institusi Pendidikan awal kanak-kanak 
3. Usahawan dalam Pendidikan awal kanak-kanak.

Graduan pemegang Diploma Pendidikan Prasekolah mempunyai peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan berpotensi untuk menceburkan diri menjadi seorang pendidik, usahawan dalam pendidikan awal kanak-kanak, penulis buku kanak-kanak, Pengurus dan penasihat pembangunan latihan kanak-kanak, Perunding Pendidikan awal kanak-kanak dan Pembangun Alatan permainan pendidikan kanak-kanak.

 MISI
Program Pendidikan Pra sekolah KU merupakan program yang mampu melahirkan pendidik yang mempunyai  profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bersahsiah, semangat keusahawanan dan menyumbang kepada masyarakat.


Peningkatan Status Kelayakan Guru Prasekolah 
di Kementerian Pelajaran Malaysia

Kejayaan program pendidikan prasekolah banyak bergantung kepada penghayatan, kemahiran dan sikap guru. Peranan guru prasekolah adalah kompleks kerana dari semasa ke semasa tuntutan mengenai keperluan peranan guru prasekolah berubah dan bertambah. Peranan guru prasekolah sebagai pendidik adalah penting sebagai pembina insan yang bakal menerajui negara di masa akan datang.

Perkhidmatan keguruan telah banyak mengalami perubahan sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah kini. Kelayakan seseorang guru dalam sistem pendidikan formal adalah selari dengan peredaran zaman. Jika diimbas kembali, kita dapat melihat perkembangan kelayakan asas akademik guru yang mengajar di sekolah di negara kita berubah dengan begitu cepat. Dalam sistem pendidikan di negara kita, selain daripada kelayakan akademik terdapat pengkhususan dalam bidang pengajaran. Guru-guru di Malaysia dilatih untuk mengajar dalam bidang-bidang tertentu di sekolah. Pengkhususan bidang ini termasuklah bidang pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah. Latar belakang akademik yang dimiliki oleh seseorang guru dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Malaysia.

Pada peringkat awal penubuhan prasekolah ‘Annex’ di Kementerian Pelajaran pada Disember tahun 1991, sebanyak 986 kelas prasekolah berjaya dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru yang mengajar di kelas prasekolah pada masa itu adalah guru-guru berkelulusan sijil perguruan asas yang mendapat latihan di Maktab-maktab perguruan. Mereka dilatih dan diberi kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu terlebih dahulu dalam bidang prasekolah sebelum dibenarkan mengajar di prasekolah. Pada Disember 1993, guru-guru terlatih kumpulan pertama yang memiliki pengkhususan sijil perguruan asas yang mendapat latihan selama dua tahun setengah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak mula mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 1997, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia mula melatih guru-guru pelatih untuk mendapatkan diploma pendidikan prasekolah. Guru-guru kumpulan pertama diploma pendidikan perguruan ini mula ditempatkan di sekolah pada Julai 2000. Pada tahun 2002, guru prasekolah berijazah mula ditempatkan di prasekolah. Pada masa itu, kebanyakan guru prasekolah berijazah terdiri daripada guru yang memiliki Sijil Perguruan Asas yang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Pada pandangan saya, mereka merupakan pelopor kepada pensiswazahan guru prasekolah. Dengan adanya senario ini, sebenarnya telah membuka mata banyak pihak bahawa pendidikan prasekolah merupakan pendidikan yang penting dan memerlukan guru yang berkelayakan untuk mendidik kanak-kanak di peringkat prasekolah. Sebagaimana kelas prasekolah di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, dan lain-lain guru prasekolah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah pertama malahan ramai yang sudah memiliki ijazah kedoktoran.

Perkembangan positif ini membuktikan bahawa kerajaan memandang kepentingan pendidikan prasekolah di Malaysia. Kerajaan juga sedar kepentingan pendidikan prasekolah bagi membentuk asas jati diri dan sahsiah kanak-kanak dalam pembangunan masa depan negara. Oleh itu, menjadi dasar Kementerian Pelajaran untuk memastikan guru-guru yang mengajar kelas prasekolah terdiri daripada guru-guru yang berkelayakan, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah.

Justeru itu, Kerajaan sentiasa mempertingkatkan kelayakan pendidikan guru sehinggalah sekarang sudah ada guru prasekolah yang mempunyai kelayakan ijazah pertama dan ijazah kedua mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Meningkatnya status kelayakan guru prasekolah bermakna semakin mendalam ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru prasekolah. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi oleh guru itu membolehkan seseorang guru menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mempelbagaikan kaedah dan gaya penyampaian dalam pengajarannya. Oleh itu, murid akan memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih mudah. Hal ini adalah kerana dalam pendidikan prasekolah, guru hendaklah kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan diri, keupayaan, bakat, dan minat kanak-kanak.

Guru Prasekolah Berijazah Kesan Kepada 
Kanak-kanak dan Negara.
Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa malah lebih dari itu. Guru adalah agen kepada keberkesanan pendidikan. Sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Seseorang guru perlu serba tahu baik dari segi mengajar, mendidik, memimpin malahan juga mengurus. Lantaran itu, sekiranya guru yang mengajar di prasekolah memiliki ijazah sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kanak-kanak prasekolah dan negara amnya.

1. Kesan Kepada Kanak-kanak

Guru prasekolah berijazah sudah tentu mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi daripada guru yang tidak memiliki ijazah terutamanya dari segi ilmu dan teori-teori pembelajaran. Guru yang baik sahsiah, sudah tentu memberi kesan kepada kanak-kanak. Mereka menjadi contoh kepada kanak-kanak kerana guru berperanan sebagai pembentuk watak dalam proses penyesuaian diri kanak-kanak di prasekolah.

Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak di kelas prasekolah. Guru juga berperanan sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti tidak formal. Guru yang berpengetahuan akan berusaha menyediakan aktiviti pembelajaran yang menggembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang guru itu membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka. Guru pula seharusnya tidak lokek memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya mencuba. Dengan cara ini, akan dapat membantu kanak-kanak membina konsep diri yang positif. Di samping itu, dengan adanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik memberi kesan kepada diri kanak-kanak kerana ianya secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak ke sekolah setiap hari.

Guru yang berpengetahuan juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang dimiliki seseorang guru menjadi contoh kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan guru itu. Sebagai guru hendaklah menggunakan peluang untuk menunjukkan teladan yang baik serta menerapkan nilai-nilai positif kepada kanak-kanak. Kesannya amat besar kepada kanak-kanak sehingga boleh mempengaruhi tingkah laku hingga dewasa.

2. Kesan Kepada Negara
Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.

Sebagai usaha memastikan guru di negara ini dapat berperanan seperti diharapkan, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan empat strategi utama untuk memartabatkan profesion perguruan. Pertama, memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan. Kedua, memantapkan karier keguruan. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja guru dan keempat, meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion keguruan. Strategi pertama dan kedua bersesuaian dengan topik yang dibincangkan di sini.

Kehadiran guru-guru berijazah mengajar di prasekolah memberikan kesan yang besar kepada negara kerana guru-guru berijazah mempunyai ilmu yang tinggi dari aspek pedagogi dan psikologi. Kanak-kanak di peringkat ini menerima sahaja apa yang diajar oleh guru-guru mereka tanpa ada rasa jelik. Justeru itu, ia akan membentuk akhlak yang baik apabila mereka dewasa kelak. Hal ini bersesuaian denga peribahasa ‘ melentur aur biarlah dari rebungnya’. Demikian antara peranan guru pada ketika ini. Mereka bukan saja menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila negara hari ini berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang. 













1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    cikgu mohon bantuan pencarian guru atau student praktikal
    Saya Shanorita dari Tadika Khalifah Insaniah, Ampang selangor.. Saya sangat berminat mencari calon lepasan Pra sekolah untuk menyertai keluarga kami.. sila layari www.kicdc.edu.my

    Tadika kami menyediakan program unik untuk anak2 dimana amalan solat dhuha, zohor dan asar diamalkan di tadika ni.. Alhamdulillah..pelajar2 telah menguasai bacaan tersebut..

    tadika kami berbeza sedikit kaedahnya dari kaedah one to one mentor mentee.. sangat menarik dikongsikan bersama.. kami juga penggunaan interactive multimedia kepada pelajar kami..

    kaedah pengajaran jawi..katacam yang sangat mudah dipraktikkan..:)

    Hadith Arabic dan English..

    kepada pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal atau ingin menyertai kami sangat dialu2kan.. sila hantarkan resume beserta gambar ke email saya. shanorita@ypm.org.my atau hubungi 0122261266..
    tq..

    Moga jihad ni dapat diteruskan dan sama2 dikongsikan bersama..kepada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu bersama kami.. sila hubungi saya...tq

    ReplyDelete